05 January, 2009

TAHUN BARU.. AZAM BARU.. BANJIR PUN BARU BERMULA...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..
Teman mengharapkan semua insan di alam fana ni diberi nikmat kesihatan yang berkekalan.. bagi Saudara kita yang sedang berperang di palestin tu, marilah kita doakan agar saudara-saudara kita tu diberi kekuatan oleh Allah.. Bagi yang sihat tu pula, jangan lupa itu cuma nikmat sementara.. jangan alpa dan leka dengan nikmat dunia, kadang kala tuhan sekadar menguji hamba2nya..



Teman2.. hari ni dah 5hb Januari dah bersamaan 8 Muharam.. Bermakna dah 5 hari kita berada dalam tahun baru 2009, dan Lapan hari kita melangkah ke tahun baru islam 1430.. so teman yakin kita ada macam2 azam.. kalau budak sekolah tu, mesti ada yang berazam nak belajar rajin2, kalau yang baru grade tu, berazam nak cari kerja bagus2, kalau orang2 politik tu plak, pasti sedang mencongak macam2 perkara untuk meningkatkan pengaruh politiknya.. bukan sahaja pengaruh di peringkat tertinggi, tapi pengaruh di dalam cawangan masing2.. manakala, bagi orang berniaga, teman yakin ramai yang berazam untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.. itu pada teman perkara normal.. tapi jangan terlebih ambil untung udah le..






Itu perihal azam tahun baru.. yang teman nak sentuh ni adalah perihal banjir.. teman lihat dah hampir 4 hari hujan x henti2 khususnya di kuantan.. di Daerah Rompin pun hujan jugak.. cuma teman berharap kalaupun berlaku banjir, tidaklah seteruk seperti yang berlaku pada tahun lepas.. bukan apa, teman ni kesian sangat2 pada mangsa2 banjir tu.. dah la susah hati kena pindah ke pusat pemindahan, lepas tu, yang lebih susah hatinya apabila ada harta benda yang musnah.. kalau setakat perabot yang musnah, boleh tahan lagi.. tapi macam mana kalau dengan rumah2 sekali yang musnah.. tak ke haru dibuatnya.. itulah yang berlaku pada tahun lalu.. sebabnya teman kesian sangat kan sahabat teman khususnya yang tinggal di KG AUR, teman dimaklumkan ada 5 biji rumah yang roboh dan dihanyutkan air, salah satunya rumah sahabat baik teman.. so, teman harap2 tahun ini x ada dah banjir sebegitu.. itu doa teman.. So teman harap kepada mangsa banjir.. Hati2.. Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga anak2.. Jangan galak sangat main air.. Bak kata orang tua2.. Malang X Berbau.. Teman doakan semuanya selamat..